Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Selamat Datang ke laman web rasmi Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari (IFSSA). Diharapkan dengan adanya laman web ini dapat dijadikan wadah bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan ilmu yang berguna terutamanya berkaitan dengan sekuriti makanan dan pertanian lestari di Malaysia. Secara ringkasnya, IFSSA merupakan salah satu pusat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di dalam bidang pertanian, agro teknologi dan sekuriti makanan yang dikelola di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan berpusat di UMK Kampus Jeli.

Sebagai tanda sokongan kepada 17 bidang utama dalam Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Develompent Goals) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), IFSSA bergerak seiring dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG 2 iaitu Zero Hunger, mencapai matlamat sekuriti makanan (Food Security) bagi mengukuhkan kedudukan indeks jaminan makanan global negara serta menggalakkan agro industri pertanian yang mampan (Sustainable Agriculture).

Diharapkan menjelang tahun 2030, fungsi IFSSA diharapkan dapat diperluaskan di seluruh negara dan menjadi pusat rujukan bagi isu-isu berkaitan pertanian, agro teknologi dan sekuriti makanan dengan menyediakan kepakaran teknologi, kemahiran dan perundingan kepada pemegang taruh yang terlibat untuk pembangunan sosio-ekonomi.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua untuk sama-sama menyokong dan bekerjasama  dengan IFSSA  membantu mempertingkatkan indeks sekuriti makanan negara dan meningkatkan sumber pertanian demi kejayaan dan kegemilangan agama, bangsa dan negara.
 

Ts. Dr. Maryana binti Mohamad Nor
Pengarah
Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari
Image
Today83
Yesterday189
This week991
This month3284
Total24861

Visitor Info

  • IP: 3.233.242.204
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-25

Any inquiry?